" Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan"
Terjemahan surah yassin ayat 83.
Sebenarnya sudah beberapa kali aku try nk siapkan entry ne tpi tk penah brjaya untuk dipublish. So hri ne aku try lagi. Bismillah. Hari ne lepas aku ada baca-ll sikit dekat blog baru aku tau yg dlm masa sehari iaitu 24jam malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang sebanyak 70. Masya -allah. Sejak kehilangan satu-satunya kakak yg aku ada hidup aku mcm tak menentu.Aku terlalu merindui dia. Masing terkenang gelak-tawa, senyumannya serta angan-anganku bersama dia. Ya, allah lebih menyayangi-Nya. Lahirnya kita di dunia ini ajal, maut dan jodoh telah ditentukan oleh-Nya. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang.
Sepedih-pedih hatiku kerana kehilangan insan yg amat ku sayang dunia akhirat, pasti sedeh lagi hati ibu dan ayahku. 2013 adalah dugaan yg amat berat buat kami sekeluarga. Sesedih mana pun aku, yg pasti insan yg bergelar NURUL ATIQAH tidak akan pulang lagi buat selama-lamanya. Tidak ku sangka 3 MARCH 2013, jam 10.15 minit malam adalah hari dan waktu terakhir untuk aku menatap wajah yg pasti aku rindui sepanjang hayatku.
Kakak, adik sentiasa mendoakan kesejahteraan kakak di sana. Walau kita sudah jauh terpisah kakak adik cuma ada satu, takkan ada yg lain. Adik amat merindui setiap saat kita bersama.Sungguh besar dugaan ini. Insya-allah adik akan cuba sebaik mungkin untuk membahagiakan ayah dan mak seperti kakak dh buat sebelum ne.Adik tau kak nmpak apa yg terjadi. Maafkan adik kakak. Adik amat merindui kakak. Semuanya adalah kenangan yg takkan adik lupakan sampai bila-ll.
-AL FATIHAH- |
No comments:
Post a Comment